MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 4 & 5 EDISI KEMASKINI 2022

By cikgufizi 09 Nov 2021, 10:57:54 Perniagaan
MODUL PERNIAGAAN TINGKATAN 4 & 5 EDISI KEMASKINI 2022

STARTUPS!

InsyaAllah masih ada berbaki dalam dua bulan lagi untuk tahun 2021 ini.

Tahun yang lebih mencabar lagi rupanya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun masih bergelut  dengan kerja buat,kelas dan fasa akhir tugasan projek Kertas 3, tapi perancangan projek tahun 2022 dah mula digerakkan. Sedikit demi sedikit.

Kini sedang menyiapkan draft Modul Perniagaan edisi yang telah dikemaskini untuk tahun hadapan. 

Untuk modul Perniagaan Tingkatan 4 masih mengekalkan Modul Perniagaan CHAMPIN 2.0 Jilid No.1 manakala untuk Jilid No.2 kita bagi rebranding nama STRIVE 2.0 menggantikan Modul BOOSTER. 

Apakah perbezaan diantara dua edisi ini?Ya pastinya ada perbezaannya dimana untuk Modul STRIVE 2.0 kali ini kelainan yang diberikan adalah melalui item yang lebih berfokus kepada soalan berbentuk pengiraan TPm dan Graf.

Selain mengekalkan konsep dan kandungan asas sedia ada, edisi 2022 ini terdapat beberapa perubahan daripada segi layout, intervensi nota berinfografik bagi setiap bab, penambahbaikan latihan beraras sub topik dan penyampaian intervensi.

Untuk Modul Perniagaan Tingkatan 5, masih mengekalkan judul Modul Perniagaan BIZ+ dan hanya mempunyai satu jilid tunggal berbanding sebelum ini mempunyai jilid no.2 RINGGIT.

InsyaAllah, fasa cetakan 2.0 akan bermula pada bulan Disember ini, mohon doakan semuanya dipermudahkan ye. Next target kita cuba hadirkan modul program kecemerlangan SPM 2022 kelak.

Berharap sangat dengan segala pengalaman 2021 ini dapat disampaikan dalam bentuk teks fizikal dan boleh membantu memudahkan sesi akan datang.

Terima kasih atas sokongan, idea dan inspirasi untuk terus kekal dalam momentum ini.

"Bisnes is Best!"   

#perniagaantingkatan4
#perniagaantingkatan5




Write a Facebook Comment

Komentar dari Facebook

Write a comment

Ada 1 Komentar untuk Berita Ini

View all comments

Write a comment